TITLE; kenapa ada dugaan, ujian & musibah untuk kita??
Friday, December 21, 2012 | 1:35 AM | 0 comments
assaalamualaikum . . .
xjawab dosa , if jawab suka (。◕‿◕。)
hai , kakya hope semua sihat n walafiat , insya-Allah ♥
entry kalini "kenapa ada dugaan, ujian , musibah atau masalah untuk kita??"
kenapa mengapa untuk kita . ahha , meh kakya nak share serba sikit ..
setiap manusia yang Allah cipta dimuka bumi ini sentiasa akan diberi dugaan , ujian, musibah atau masalah hidup didunia yang sementara ini. tipulah kalau seseorang itu berkata yg dia tidak pernah ditimpa musibah. setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
"Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita."
-sweet kan kasih Allah pada kita??
kerana sesuatu ujian itulah yg membuka mata hati kita, yg mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yg bagaikan bahtera dilautan yg penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
sometimes kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. usahlah kita mempersoalkan kenapa Allah berbuat demikian. Allah lebih mengetahui dari apa yang kita tahu insya-Allah semua itu pasti ada hikmahhnya , jadi percayalah n yakinlah pada Allah.
Allah telah menjelaskan dalam al-Quran bahwa setiap umatNya pasti akan diuji. jadi kita perlu sentiasa bersedia untuk bersedia menerima , menempuh atau melalui setiap dugaan,ujian,musibah dan masalah yg kita alami dengan hati yg tabah dan reda pada qada & qadar Allah swt. kenapa kita kena bersedia ?? sebab kita tidak akan kehilangan punca , resah , gelisah dan menyalahkan diri serta putus asa.
dan . . .
Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam al-Quran bahawa Dia tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. now here kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
so apa yg seharusnya kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. jangan sesekali malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
selain itu kita mesti berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! please be strong , jangan lemah , cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita.
jika rasa diri tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa reda atas ujian dan ketentuan Allah swt.
ingat : APA YANG DITETAPKAN UNTUK KITA ITULAH YANG TERBAIK !!
p/s : sahabat semua, saya mohon sangat-sangat, ayuhhh berdoa untuk saudara-mara kita di Palestine. bantu mereka melalui doa .
jangan stop doa untuk saudara mara kita di sana ya :')
p/s : sahabat semua, saya mohon sangat-sangat, ayuhhh berdoa untuk saudara-mara kita di Palestine. bantu mereka melalui doa .
jangan stop doa untuk saudara mara kita di sana ya :')
see you soon . . . assalam ♥
H E Y G U Y S ! ! T H A N K S for R E A D I N G ![]()





ANNYEONGHASEYO
ABOUT


NAME : NUR AMIRA BINTI MD YUSOF