TITLE; S A L A M J U M A A T M U B A R A K A H
Friday, December 14, 2012 | 1:18 PM | 0 comments
assalamualaikum . . . .
tak jawab dosa , jawab suka (。◕‿◕。)
kakya harap semua sihat , insyaAllah .
since dulu every malam jumaat je , mama mesti suruh kakya baca Surah Yasin dan kakya memang xtahu pun yang disunnahkan untuk kita membaca Surah Al-Khafi pada hati jumaat..
“Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”
(HR Muslim 809)
semoga Allah SWT memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amin…
writing or speaking about Islam does not make you a good Muslim. practicing and striving by its ideals makes you one. yeah, as usual. i write to remind myself ♥
see you soon ! assalam ..
H E Y G U Y S ! ! T H A N K S for R E A D I N G ![]()





ANNYEONGHASEYO
ABOUT



NAME : NUR AMIRA BINTI MD YUSOF