TITLE; " TAK KENAL MAKA TAK CINTA "
Monday, December 3, 2012 | 11:10 PM | 0 comments
Assalamualaikum and a very good day to u guys . hope u all sihat , insyaAllah..
Tajuk entry kalini "TAK KENAL MAKA TAK CINTA"... nak tahu kenapa?? sebab tajuk ni berkaitan dengan TAARUF. untuk kita mencintai kita mestilah mengenali . mencintai dosent mean cinta biasa , tapi cinta yang didasarkan kepada Allah SWT. saya slalu dengar perkataan yang slalu disebut masa zaman skolah dulu iaitu "UHIBBUKIFILLAHI" (saya mencintai awak(perempuan) kerana Allah. kasih sayang yang disandarkan hanya kepada Allah. Allah berfirman :
Maksudnya : ‘Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti’.
~ Al-hujuraat, 49:13~
Sebelum kita bertaaruf, kita mengintai sejenak konsep taaruf dalam Islam.
"taaruf" bermaksud berkenal-kenalan antara satu sama lain. taaruf merupakan satu ibadah.
' masalahnya, saya nak bertaaruf dengan siapa???' Itulah persoalan yang sentiasa menari-nari dibibir kita. Islam sebenarnya agama yang mudah. Islam menggalakkan kita bertaaruf dengan sesiapa sahaja, tidak mengenal usia, keturunan, warna kulit, bangsa, agama dan budaya. tetapi kita perlu berhati-hati. bila taaruf dikatakan beribadah, jangan pula kita berlumba-lumba untuk berkenalan dengan kaum yang berlainan jantina. moga dijauhkan!!. boleh dikatakan haram andainya kita berkenalan dengan seseorang yang bukan mahram. tapi kita perlu melihat juga pada tujuan kita. adakah untuk suka-suka ataupun adakah untuk melakukan pekerjaan??..fikir-fikirkanlah.
kenapa kita sibuk bertaaruf??.. apa tujuannya??.. Islam menyuruh kita berkenal-kenalan bukan hanya untuk menambah sahabat, tetapi ingin mewujudkan semangat kerjasama antara masyarakat dan kaum berbilang bangsa, agama dan keturunan. dengan adanya kerjasama tersebut, kita dapat hidup dalam suasana bersatu-padu, aman dan sejahtera. selain itu, dengan bertaaruf kita dapat merealisasikan pengabdian diri kepada Allah dengan mematuhi suruhannya supaya kita berkenalan. dengan adanya perkenalan, kita dapat saling mengenali keturunan masing-masing. dengan itu, kita dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan persahabatan yang terjalin. Rasulullah menegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Nabi SAW : "Kenalilah nasab keturunan kamu yang membolehkan kamu mengeratkan silaturrahim. Sesungguhnya silaturrahim itu mewujudkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga, menambahkan harta dan melewatkan ajal".
jadi taaruf sangat penting dalam kehidupan kita. dengan bertaaruf kita dapat mengenali dengan lebih mendalam sahabat kita. janganlah kita memilih sahabat dengan melihat pada paras rupa dan harta mereka, tetapi lihatlah hati mereka...!! TAK KENAL MAKA TAK CINTA (>_^) see you soon~~
H E Y G U Y S ! ! T H A N K S for R E A D I N G ![]()





ANNYEONGHASEYO
ABOUT


NAME : NUR AMIRA BINTI MD YUSOF