TITLE; CHEESESTART omeyy angatt (。◕‿◕。)
Friday, June 28, 2013 | 2:05 AM | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
tak jawab dosa if jawab suka (。◕‿◕。) hehe
mira pun baru belajar buat ni , alhamdulillah menjadi . sebab mama cakap , "haritu kakya buat xbrape , kalini sedap " aisshhh komen yg membangunnkan . jomm samasama buat cheesetart ni lagi .
firstly mira nak habaq , buat ni mmg kena sabar , quite leceh . bnyk prosedur2 nye . hehe
benda yg penting nak kena ada , mestilah oven . kalau xde oven mcm mana nak bakar kuih tu kan . hehe , maaf sekadar bercanda . kena ada acuan yg comel3 tu , kena ada ingredient yg cukup .
now meyh kita tgk resepi nyerr~~
Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
- 170gm marjerin
- 50gm gula aising
- 1 biji telur Gred C
- 290gm tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
- Pukul marjerin dan gula dgn menggunakan senduk kayu until sebati . jgn pukul lama sgt .
- Masukkan telur dan esen vanilla . putar lagi dgn senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit . uli hingga menjadi doh yang lembut .
- Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh . kalau rasa doh tu terlalu lembik , tambahkan sikit tepung ( mira tambah sikit tepung jagung dlm 2-3 sudu )
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart . ( jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal )
- cucuk bahagian tengah tart dgn garfu sebelum dibakar ( ( f(x): nak bagi ruang udara kat doh tu )
- Bakar pada suhu 170oC sehingga masak dlm masa 20-25 min. (psst panas kan oven dulu dlm 5-10 min before start bakar ye , mcm biasa la tuu kan ) .
- Bila suam keluarkan dari acuan. (cuma terbalikkan dan tart shell akan keluar sendiri, jangan cungkil nanti hancur pulak)
Cream Cheese + Filling
Bahan-bahan cream cheese :
- 250 gm cream cheese ( apa2 brand pun xpe , tp mira slalu guna Philadelphia/tartura milk creamcheese)
- 50 gm gula kastor
- 1 telur gred B
- 1 st esen vanilla/ esen lemon
Bahan-bahan filling :
- filling blueberry (tp ikut citarasa masing-masingla kan)
- sedikit pewarna ( untuk lorekkan diatas creamcheese )
Cara-cara buat cream cheese :
1. Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan dalam piping bag.
4. Ambil sedikit adunan cream cheese , asing kedlm piring dan letakkan pewarna biru atau ungu.
5. Susun tart shell yg disejukkan tadi kat dalam tray , then masukkan filling blueberry ke dalam tart shell.
6. Pipingkan cream cheese tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
7. Gunakan lidi yang bersih dan lorekkan adunan krim yang berwarna di atas krim keju bagi membuat coraknyamengikut citarasa anda. (kalau nak guna pewarna je pun xpa , tp mira suka campur pewarna dgn cream cheese tu sikit , heee )
8. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 10 - 15 min . sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak.
9. Sejukkan tart sebelum simpan kat dlam petisejuk yee..
p/s:
- putar cream cheese antara 30 hingga 45 minit selepas ia dikeluarkan dari peti sejuk.
- untuk melorek corak , guna pencungkil gigi dan corak ikut kreativi masing2..
mama mira cakap dia nak buat bisness raya ni , tak tahu laa mama serius ke tak .. huhuhu
sekian , selamat mencuba ye (。◕‿◕。)
see you soon beautyy and charming. .
assalamualaikum . . .
Sebaiknya putar krim keju antara 30 hingga 45 minit selepas ia dikeluarkan dari peti sejuk.
H E Y G U Y S ! ! T H A N K S for R E A D I N G ![]()





ANNYEONGHASEYO
ABOUT





NAME : NUR AMIRA BINTI MD YUSOF